Sekadar berkongsi gambar-gambar lama...
Sekatan jalan raya di sekitar Jalan Tun Razak masa Modul Polis
Ada seorang pemabuk yang cepat-cepat sarung ketayap ke kepala masa nampak ada polis.
Bila dia turunkan tingkap kereta, terus menusuk-nusuk bau arak. Dia rayu jangan dibuat ujian breathalyser.
Bila buat juga - sahih dia mabuk dan tak sepatutnya memandu. Dia nak hulur RM200 minta dilepaskan.
Depan kami yang ramai-ramai ni, boleh tu nak rasuah!
"Dari kiriiiiiii, cepat jalan! Kriii...kriii... krii kanan kriii..."
Nak naik Kapal KD Tentera Laut dari Lumut ke Langkawi
Ramai yang muntah-muntah dalam perjalanan dari Lumut ke Langkawi sebab tak dipasang stabilizer
Saya pakai baju hijau dan muntah pun nak dekat hijau juga.
Alhamdulillah dari Langkawi ke Lumut ok sikit bolehlah pose kontrol macho
Saya pun belilah T-shirt Laksamana Muhammad Amin sebagai kenangan
Spider-style rappelling masa Modul Askar.
Seronok dapat merasa sebab bukan semua orang diberi peluang dua kali terjun (kali pertama abseiling biasa)
Kami belajar menembak guna M16. Belajar cuci M16 - buka semua dan pasang balik.
Kalau tak cuci, nanti tembakan mudah terbabas dari sasaran.
Platun Cobra sorang-sorang posing tak nak kalah
Kesian Bob - yang cedera kena batu di kepala masa mendaki Gunung Angsi
Inokulasi Peperangan - saya gagal untuk tamatkan pengembaraan - merangkak sambil bawa M16 dengan asap berkepul-kepul dan bedilan peluru hidup melintas di atas kepala.
Asthma saya menyerang dan terpaksa angkat senjata tanda mengalah
Selepas tengok saya dan Faridah ditinggalkan Platun Cobra di medan perang, Platun Scorpio ambil iktibar - anggota lelaki ambil tanggungjawab pegang semua M16 bagi mudahkan anggota wanita merangkak tanpa perlu mengheret M16 sekali dan ada 'sweeper' lelaki di belakang sekali untuk bantu 'tolak' anggota wanita yang dah tak berdaya untuk merangkak sampai ke garis penamat
Masa hari terakhir modul tentera
Gadis-gadis pingitan (?)
Ala-ala gadis-gadis solehah depan Surau An-Nur, IKWAS